Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembuat biola Malaysia menang emas
Diterbitkan:  Sep 11, 2019 4:01 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Pembuat biola Malaysia, Tan Chin Seng memenangi dua pingat emas untuk kategori biola dan viola buatan tangan di Pertandingan Biola Antarabangsa Anlai ke-10.

Anlai bermaksud Persatuan Kebangsaan Seni Lutheria Itali, sebuah persatuan kebudayaan yang ditubuhkan pada tahun 2000 untuk mempromosikan seni pembuatan biola Itali, yang berpangkalan di Sesto Fiorentino, Itali.

Tan memenangi dua pingat emas dalam kategori bukan profesional.

Pertandingan ini terbuka kepada individu profesional dan bukan profesional dalam empat jenis instrumen, iaitu biola, viola, cello dan gitar klasik.

Mereka dihakimi berdasarkan kehalusan ketukangan mereka oleh juri antarabangsa atau disebut sebagai maestro luthiers, dan kemudian diuji oleh panel juri pemuzik untuk prestasi akustik.

Tan berkata beliau menamakan instrumennya sebagai 'Negaraku' dan 'Jalur Gemilang' sebagai menghormati Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

 

"Tidak seperti sukan badminton, ini adalah minat khusus.

"Izinkan saya isytihar, 'Malaysia Boleh!" katanya dalam satu catatan di Facebook.

Instrumen yang memenangi anugerah itu kini dipaparkan di Sekolah Pembuatan Biola Tuscany bermula 8 September lalu dan akan berakhir pada 15 September.

Lihat Komen
ADS