Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan berada dalam penafian - Yeo beritahu rakan sejawat Indonesia
Diterbitkan:  Sep 11, 2019 11:53 PM
Dikemaskini: 3:53 PM

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberitahu rakan sejawatannya dari Indonesia Siti Nurbaya Bakar agar tidak berada dalam penafian berhubung punca jerebu.

Beliau berkata demikian selepas Siti Nurbaya mendakwa Malaysia tidak mendedahkan fakta sebenar mengenai kebakaran hutan di negara ini.

Sebaliknya kata Yeo, pengesanan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan bahawa jerebu di Semenanjung Malaysia berpunca dari Sumatera manakala jerebu di Sarawak berasal dari Kalimantan.

"Biarlah data sendiri menunjukkan perkara itu," kata Yeo dalam hantaran di Facebook malam ini.

Beliau memetik data terkini mengenai jumlah bilangan titik panas yang direkodkan ASMC iaitu sebanyak 474 di Sumatera dan 387 titik panas di Kalimantan berbanding hanya tujuh di Malaysia.

Yeo juga menolak dakwaan Siti Nurbaya dengan menunjukkan carta arah angin.

"Menteri Siti Nurbaya tidak sepatutnya berada dalam penafian," katanya.

Awal hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak (II) Douglas Uggah Embas menyelar dakwaan Siti Nurbaya dan meminta menteri Indoensia itu mendapatkan fakta yang betul.

“Saya harap dia lihat peta yang betul, dia tidak seharus menuding jari ke negara yang salah," katanya.

 

Lihat Komen
ADS