Warga maya ‘pujuk’ Permaisuri Agong kembali aktif di Twitter
Warga maya hari ini melancarkan kempen bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah supaya mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.
Akaun Twitter baginda semalam dinyah aktif susulan ulasan negatif dan biadap dari segelintir pengguna media sosial.
Dengan tanda pagar #AmpunTuanku, warga maya merayu Tuanku Azizah yang begitu disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.
Kempen itu menjadi tular sehingga carian ‘Permaisuri Agong’ menjadi trending nombor satu disusuli #AmpunTuanku yang menduduki tangga ketiga ciapan paling banyak.
Berikut antara ciapan yang menzahirkan sokongan dan mahu baginda kembali aktif.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.