Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beijing akan dikeluarkan dari senarai 200 bandar paling tercemar
Diterbitkan:  Sep 12, 2019 12:31 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

GLOBAL | Ibu negara China, Beijing berada dalam landasan betul untuk dikeluarkan dari senarai 200 bandar paling tercemar di seluruh dunia tahun ini.

Ini susulan kandungan asap berbahaya turun ke tahap paling rendah pada bulan lalu, berdasarkan data IQAir AirVisual yang dikeluarkan hari ini, lapor Reuters.

Partikel bahaya untuk paru-paru dikenali sebagai PM2.5 dijangka berkurangngan hampir 20 peratus berbanding 2018 dan hampir sepertiga berbanding 2017, berdasarkan data syarikat teknologi kualiti udara Switzerland itu.

Beijing berusaha mempertingkatkan kualiti udaranya sejak 2014, antaranya dengan menutup atau memindahkan kilang, mempertingkatkan standard bahan bakar dan mengurangkan penggunaan arang di kawasan bandar dan kawasan jirannya.

Lihat Komen
ADS