Sasaran utama dalam RMK9
Beriutan adalah perkara-perkara utama yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Penstrukturan semula ekonomi.
RM600 juta Tabung Pembangunan Strategic untuk menggalakkan pelaburan di kawasan pertumbuhan baru.
Tabung Penyelarasan Industri akan membantu industri berdepan dengan persaingan berikutan langkah liberalisasi di bawah Afta dan FTAs.
Malaysia mensasar menjadi Hab Kewangan Islam Global, termasuk penubuhan Pusat Antarabangsa bagi Pengajian Kewangan Islam.
Teknologi
Tabung RM150 juta untuk membantu pembangunan kandungan digital tempatan
400 peratus pertambahan (RM2 bilion) peruntukan di bawah pelbagai tabung pembangunan bagi industri biotechnologi.
Pertanian
Kerajaan memberi keutamaan kepada sektor pertanian, dengan menambah peruntukan sebanyak 60 peratus kepada RM11.4 billion.
SME
Tabung Pembangunan Sektor Perkhidmatan Baru untuk perniagaan kecil dan sederhana.
Pekerjaan
Pertumbuhan peluang pekerjaan akan menurun daripada 1.6 juta pekerjaan baru kepada 1.1 pekerjaan baru di bawah RMK9. Hanya 33 peratus graduan mungkin mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka.
Pekerja asing
Jumlah tenaga buruh asing bertambah sebanyak 18.8 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, dan kini pada paras 15.7 peratus daripada jumlah tenaga kerja.
Penyelidikan dan pembangunan
Tumpuan baru kepada sains dan inovasi. ScienceFund dan Technofund masing-masing memperuntukkan RM1.5 bilion bagi R&D dan pengkomersialan of R&D.
Pembasmian kemiskinan
Kerajaan akan membelanjakan RM4.4 bilion untuk membasmi kemiskinan dan RM7 bilion untuk penstrukturan semula.
Sasaran pemilikan ekuiti 30 peratus bagi bumiputera and 3 peratus bagi masyarakat India dikekalkanm, tetapi tarikh pencapaian sasaran itu telah dipinda dari 2010 kepada 2020. Tiada strategi baru untuk menambah pemilikan ekuiti kaum India.
Pendapatan garis kemiskinan telah ditafsirkan semula, dengan mengambilkira saiz isirumah, komposisi demografi, dan lokasi. Kemiskinan di luar bandar kini berada hampir 12 peratus, paling tinggi di Sabah dan diikuti oleh Terangganu.
Ketidaksamarataan
Ketidaksamarataan semakin merosot dalam tempoh lima tahun lalu paling tinggi di kalangan bumiputera, berbanding dengan masyarakat Cina dan India.
Perumahan
RM 233 juta diperuntukkan untuk pembinaan rumah bagi rakyat termiskin dan RM400 juta disediakan untuk projek kampung baru dan tradisional.
Kerajaan tempatan
Semua pihak berkuasa kerajaan tempatan akan menggunakan Agenda 21 dan Petunjuk Pembangunan Mampan Malaysia akan diwujudkan.
Indek untuk negeri
Kerajaan memperkenalkan Indek Komposit Pembangunan yang mengandungi 16 petunjuk bagi mengukur pembangunan. Selangor di tempat keempat di belakang Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Pengangkutan
RM46 bilion diperuntukkan untuk projek pengangkutan di mana RM17 bilion adalah untuk membina jalan dan RM1.5 bilion untuk pengangkutan luarbandar.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Lembah Klang akan ditubuhkan dengan matlamat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dari 16 peratus kepada 30 peratus pada 2010.
Air
Dasar perkhidmatan bekalan air oleh syarikat swasta dikekalkan
Elektrik
Pengguna akan membayar lebih apabila subsidi dikurangkan
Kesihatan awam
Nisbah kemudahan kesihatan awam dengan jumlah rakyat, semakin merosot.
Kebudayaan dan Sukan
RM 442 juta diperuntukkkan untuk program kebudayaan, kesenian dan warisan dan RM620 juta untuk pembangunan sukan.
Pelancongan
Belanjawan pembangunan bagi pelancongan bertambah dua kali ganda kepada RM2.4 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Anti-rasuah
Institut Integriti Malaysia jadi peneraju usaha perangi raasuah. Indek Integriti Negara akan diwujudkan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.