Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Nik Aziz pasti gembira kerjasama PAS-Umno, kata Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata penyatuan PAS dan Umno hari ini telah pun dipersetujui oleh bekas mursyidul am parti itu, allahyarham Nik Aziz Nik Mat ketika beliau masih hidup lagi.

Hadi berkata demikian ketika ditanya wartawan sekiranya arwah Nik Aziz akan gembira dengan pemeteraian piagam antara kedua-dua parti ini.

"Oh ya (gembira dengan penyatuan Umno-PAS). Taawun ialah satu istilah yang dah sepakat dengan tok guru Nik Aziz masa beliau masih hidup lagi.

"Kerana kerjasama 70an dahulu tahaluf, coalition (gabungan parti campuran). Kita perlu perkenalan pendekatan baru ialah cooperation (kerjasama antara parti).

"Itu yang dibincang syura ulama. Dia masa tuan guru Aziz hidup lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama pimpinan parti kanan Umno dan PAS, selepas memeterai piagam di Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan Hadi hari ini seiring dengan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata penyatuan ummah atau kerjasama antara Umno dan PAS selaras dengan kehendak Nik Aziz.

Semalam, Tuan Ibrahim berkata selaku anak saudara kepada bekas menteri besar Kelantan itu berkata, beliau cukup mengenali keinginan arwah Nik Aziz.

Nik Aziz ketika hayatnya dilihat antara pemimpin PAS yang lantang menentang kerjasama antara parti itu dan Umno yang sering dirujuk sebagai kerajaan perpaduan (unity government - UG)

Pada masa sama, Hadi juga menzahirkan rasa gembira apabila berpeluang untuk berkongsi pentas dengan pemimpin Umno di bangunan parti tersebut di hadapan kedua-dua ahli parti tersebut.

"Sudah tentulah paling gembira kerana selama ini saya berucap di kalangan yang dipenuhi oleh orang PAS. Hari ni campur PAS dan Umno dan semua pihak.

"Bukan PAS dan Umno saja termasuklah kalangan ilmuwan, tokoh-tokoh, masyarakat, pesara-pesara pegawai kerajaan," katanya.

Lihat Komen
ADS