Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis soal MP Klang 90 minit mengenai laporan dibuat Zakir Naik

Polis menyoal siasat Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago kira-kira selama 90 minit hari ini berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh pendakwah Zakir Naik.

Charles berkata proses merekod kenyataannya bermula pada jam 12 tengah hari dan berlanjutan sehingga 90 minit di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Beliau memberi keterangan berhubung kenyataan media pada bulan Ogos lalu yang mana beliau menggesa kabinet untuk membincangkan isu Zakir yang didakwa cuba campur tangan dalam urusan politik negara ini.

Menurut MP DAP itu, polis bertanya 22 soalan kepadanya termasuk motifnya mengeluarkan kenyataan media tersebut.

"Saya telah memberitahu dengan jelas saya menulis kenyataan tersebut kerana Zakir ialah penceramah Islam yang datang ke Malaysia dan berceramah di Kelantan mengatakan yang kaum India di Malaysia lebih setia kepada perdana menteri India berbanding perdana menteri kita sendiri.

"Bagi saya, ini adalah kenyataan yang tidak betul dan mempunyai elemen yang boleh memecahbelahkan rakyat dan juga memberi salah faham kepada orang Muslim.

"Ini akan menyebabkan masalah dalam negara kita," katanya kepada Malaysiakini.

Charles berkata beliau telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku di negara ini.

Anggota parlimen itu ditemani oleh peguamnya John Fam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed pada 8 September lalu memaklumkan akan merakam kenyataan daripada individu yang namanya dinyatakan dalam laporan polis pendakwah Zakir Naik.

Selain Charles, mereka yang dinamakan Zakir kerana didakwa memfitnahnya ialah Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran, bekas duta besar Dennis J Ignatius, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy dan Adun Bagan Dalam M Satees.

Polis telah pun menyoal siasat Ramasamy dan Satees pada Rabu lalu di Pulau Pinang dan masing-masing tetap mempertahankan kenyataan yang dibuat mereka sebelum ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS