Timbalan Presiden: Palanivel masih enggan isytihar cabar Subra
Datuk G. Palanivel masih enggan mengisytiharkan secara terbuka hasratnya untuk mencabar Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam dalam pemilihan parti Jun ini walaupun beliau mendapat sokongan secara terbuka daripada Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Datuk G. Palanivel masih enggan mengisytiharkan secara terbuka hasratnya untuk mencabar Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam dalam pemilihan parti Jun ini walaupun beliau mendapat sokongan secara terbuka daripada Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.
"Saya akan isytiharkannya pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda MIC Selangor di Petaling Jaya semalam.
Katanya, keutamaan beliau sekarang ialah "untuk mempertahankan masyarakat saya dan parti saya".
Palanivel, yang juga Naib Presiden MIC dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dinamakan oleh Samy Vellu sebagai timbalan presiden "pilihannya".
Menurut laporan Bernana, parti itu akan mengadakan pemilihan bagi pemegang jawatan peringkat kebangsaan, kecuali jawatan presiden Jun ini. Samy Vellu mengekalkan jawatannya itu tanpa bertanding.
Naik taraf hidup
Palanivel mengakui yang beliau gembira dengan sokongan yang diterimanya bagi pertandingan untuk jawatan timbalan presiden.
Mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan pegangan pemilikan ekuiti kaum India Malaysia kepada 3.0 peratus di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, beliau berkata ia amat dialu-alukan tetapi faktor paling penting ialah meningkatkan taraf hidup kaum India biasa.
"Saya lebih berminat meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah. Pendapatan dan taraf hidup mereka perlu ditingkatkan, mereka patut mampu menjalani kehidupan yang sewajarnya, bukan dalam serba kekurangan, mempunyai rumah yang selesa, kemudahan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan lain-lainnya.
"Ini lebih penting daripada tiga peratus ekuiti," katanya.
Kaum India Malaysia menyaksikan pegangan ekuiti korporatnya merosot daripada 1.5 peratus kepada 1.2 peratus dalam tempoh lima tahun ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.