Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
India mahu isytihar Zakir Naik ‘pelarian pesalah ekonomi’
Diterbitkan:  Sep 20, 2019 10:39 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

India dilapor merancang menggunakan Akta Pelarian Pesalah Ekonomi (FEOA) terhadap Zakir Naik, yang membolehkan tindakan jenayah diambil terhadap seseorang individu walaupun tidak berada dalam republik itu.

Memetik sumber kanan penguatkuasaan India, agensi berita IANS melaporkan mereka sedang mempertimbangkang menggunakan FEOA terhadap Zakir atas dakwaan terlibat dalam pengbahan wang haram, lapor Free Malaysia Today.

Jika tindakan itu diambil, kerajaan India boleh turut merampas aset-aset Zakir.

Zakir dituduh tanpa kehadirannya di mahkamah di Mumbai atas pertuduhan pengubahan wang haram Mei lalu.

Beliau dituduh memperoleh aset-aset jenayah bernilai Rs1.9 billion (RM114.5 million)

Beliau yang kini berstatus permautautin tetap Malaysia enggan kembali ke India atas alasan tidak akan mendapat perbicaraan adil.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju Zakir dihantar pulang ke negara asal.

Zakir kini dilarang berucap kepada umum di negara ini selepas mencetuskan kontroversi baru berkaitan kaum Cina dan India.

Zakir mendakwa ucapannya dilaporkan di luar konteks.

Lihat Komen
ADS