Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kamera badan dapat hindar polis dari fitnah, kata IGP

Penggunaan kamerea badan dapat menghindarkan fitnah terhadap anggota polis, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador,

Justeru beliau mengalu-alukan cadangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan perkara itu dan berharap pelaksanaannya dapat dipercepatkan.

"Saya amat alu-alukan. Ini berita yang amat baik buat polis sebab kita sendiri pun banyak buat permohonan untuk tambah baik kelengkapan yang diperlukan agar anggota dapat menjalankan tugasan dengan lebih cekap, sempurna dan terlindung daripada fitnah-fitnah (seperti dakwaan salah laku).

"Pengumuman daripada perdana menteri itu amat baik kerana ia akan dapat mencegah fitnah sebab saya yakin anak buah saya akan dapat melaksanakan kerja mereka dengan baik.

" Dengan adanya kamera ini ia akan menghindar (mereka) lakukan kerja yang tidak baik, menyeleweng daripada tugasan," katanya dalam sidang media ketika lawatan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew View Keong di PGA Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Mahathir berkata kerajaan setuju untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku seperti rasuah.

Katanya, syor itu dipersetujui memandangkan ada pelbagai dakwaan salah laku pegawai semasa bertugas seperti memukul orang yang disiasat.

Bagaimanapun, beliau berkata tarikh pelaksanaannya belum diputuskan memandangkan ia melibatkan kos kepada kerajaan.

Menurut Abdul Hamid pihaknya akan membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapatkan beberapa kelengkapan lain bagi kemudahan anggota polis dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik sejajar dengan perkembangan teknologi kepolisian moden.

"Kita akan kemukakan kepada KDN beberapa lagi peralatan yang amat diperlukan dalam kepolisan moden," katanya.

Selain itu beliau juga berkata kebajikan anak buahnya bukan sahaja terhad kepada soal gaji semata-mata.

Jelasnya lagi, untuk memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan yakin maka rumah serta ahli keluarga yang ditinggalkan perlu selesa dan selamat. 

Lihat Komen
ADS