Anggota PSM diserang, dakwa ahli MIC terbabit
Terjemahan Beberapa anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan topi keledar di Sungai Siput Perak. Dan parti itu mendakwa, serangan tersebut ada kaitan dengan MIC
Terjemahan Beberapa anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan topi keledar di Sungai Siput Perak. Dan parti itu mendakwa, serangan tersebut ada kaitan dengan MIC
Sungai Siput merupakan pangkalan kuat Presiden MIC yang juga Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu.
Dalam satu kenyataan, PSM berkata anggotanya yang diketuai oleh Timbalan Ketua Cawangannya, M Augusthine sedang mengadakan kempen mengutip tandatangan penduduk Rumah Perumahan Awam, Rimba Panjang semalam berhubung satu projek pembinaan jalan.
Menurut parti itu, projek yang tidak siap itu telah menimbulkan masalah besar kepada penduduk tempatan.
"PSM menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan dan mereka yang lalulalang di situ dan sedang mengutip tandatangan mereka untuk mendapatkan penjelasan daripada jurutera yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut.
"Usaha ini mendapat sambutan positif daripada orang ramai, tetapi anggota MIC yang mungkin ada kaitan dengan pembinaan jalan tersebut, cuba menghalang anggota PSM daripada mengambil tandatangan penduduk," katanya.
Aduan polis
Pada kira-kira jam 11.30 pagi, PSM mendakwa, seorang majlis daerah dari MIC tiba di tempat kejadian dan telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemimpn PSM.
Pemimpin MIC itu dikatakan berkata, kerja-kerja sedang dijalankan untuk menyiapkan projek berkenaan, dan oleh itu mahu mereka menghentikan kempen mendapatkan tandatangan tersebut.
"Sejurus kemudian, beberapa buah kenderaan dan motosikal tiba di situ. Pada masa itu, anggota PSM mengambil keputusan untuk beredar dan mahu membuat aduan polis.
"Tetapi kumpulan dari MIC itu melaungkan kata-kata kesat dan mula memukul anggota PSM. Mereka menyerang dengan topi keledar," kata kenyataan PSM itu.
Enam anggota PSM, termasuk Augusthine, mengalami kecederaan dalam serangan tersebut. Augusthine masih dirawat.
Ekoran itu, enam laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan pihak polis telah merakamkan kenyataan daripada anggota PSM terbabit.
"Polis belum lagi membuat sebarang tangkapan walaupun terdapat bukti dan identiti yang positif mengenai siapa yang menyerang anggota PSM itu," kata kenyataan tersebut.
'Diserang tanpa sebab'
Ketika dihubungi hari ini, Ketua PSM Cawangan Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, beliau akan menemui ketua polis daerah Asahari Osman esok.
Beliau melahirkan kekecewaannya kerana polis telah menyifat kejadian itu sebagai rusuhan, dan bukannya kes menyerang.
Mengenai kejadian tersebut, beliau berkata, tidak timbul sebarang provokasi kerana kempen yang mereka jalankan itu hanya bertumpu kepada masalah jalan tersebut dan tidak langsung menyebut tentang MIC ataupun presidennya.
Beliau juga berkata, mereka sempat merakamkan kejadian tersebut dengan kamera video.
Asahari, ketika dihubungi, mengesahkan, laporan polis telah dibuat mengenai kejadian tersebut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengutuk kejadian tersebut yang dianggapnya sebagai satu serangan 'dayus'.
Katanya, pihak parti akan menulis kepada Ketua Polis Perak supaya campurtangan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.