Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bacaan IPU melebihi 200 di Sri Aman dan Johan Setia
Diterbitkan:  Sep 22, 2019 4:41 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Hari Ahad di sebahagian besar Semananjung Malaysia dan Sarawak barat diselubungi jerebu dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 (tahap tidak sihat) di Sri Aman, Sarawak dan Johan Setia, Selangor sehingga 3 petang hari ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) empat lagi kawasan mencatat bacaan IPU melebihi 150 masing-masing Tasek Ipoh (185), Balik Pulau (168), Kuala Selangor (162), dan Minden (158).

Manakala, laman web Pusat Meteorologi Khas Asean mengenal pasti lima lokasi berisiko sebagai titik panas di Semananjung Malaysia - dua di Terengganu, dua di Johor, dan satu di Kuala Lumpur.

 

Laman web itu juga menunjukkan bahawa terdapat 530 titik panas di Sumatera ketika ini dan jumlahnya semakin meningkat sejak hari Jumaat. Titik panas di Kalimantan turun daripada 465 kepada 186 sejak 18 September.

Indonesia bergelut untuk memadamkan kebakaran hutan - yang kebanyakannya dipercayai oleh pihak berkuasa tempatan dimulakan dengan sengaja.

Sementara itu, Grand Prix F1 Singapura dijadual berlangsung hari ini, walaupun jerebu menyelubungi negara tersebut.

 

Lihat Komen
ADS