Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemaju kritik pembeli rumah guna analogi nasi lemak

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) tidak senang dengan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) yang menggesa kerajaan tidak masuk campur dengan isu hartanah tidak terjual.

Pada sidang media di Kelana Jaya hari ini, Presiden Rehda Soam Heng Choon menyifatkan gesaan berkenaan sebagai tidak munasabah.

"Saya rasa kenyataan itu tak patut dan tak munasabah," katanya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong yang mengatakan bahawa kuasa pasaran menghukum pemaju kerana tidak membina rumah yang sesuai dengan pasaran tempatan.

Kenyataan Chang susulan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk memasarkan hartanah mewah bernilai RM100 bilion kepada pembeli dari China.

Zauraida sebelum ini mencadangkan untuk membuka Kempen Pemilikan Rumah sama ada di tanah besar China atau Hong Kong.

Dalam membidas kenyataan HBA, Soam berkata: "Ahli perniagaan mana yang mahu menjual produk yang tak ada siapa mahu?

"Jika anda menjual nasi lemak yang tak ada siapa mahu, ia akan jadi nasi lemak basi," katanya.

Sementara itu, Soam juga mendedahkan tinjauan industri hartanah yang melibatkan 144 responden daripada kalangan pemaju bagi suku pertama 2019 pada sidang media itu.

Katanya, tinjauan berkenaan menunjukkan hanya satu peratus daripada kesemua 10,473 unit rumah dilancarkan antara Januari dan Jun yang berharga lebih daripada RM1 juta.

Soam juga menyentuh tentang kebimbangan akan warga asing memiliki rumah di Malaysia, dengan berkata bahawa tidak banyak rumah mewah yang dibina untuk pasaran berkenaan.

Menurutnya, rumah yang dibeli oleh warga asing berharga RM1 juta ke atas sementara pembeli tempatan mencari hartanah harga lebih rendah.

Soam juga mendakwa Malaysia bukan pilihan utama warga asing untuk membeli hartanah luar negara.

"Adakah warga asing berminat dengan Malaysia atau tidak? Malaysia bukan salah satu negara kegemaran mereka," tambahnya.

Dia berkata Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak menjadikannya wajib untuk membeli rumah.

"Tidak ada paksaan bagi mana-mana warga asing yang datang di bawah MM2H untuk membeli rumah, jadi kenapa kecoh tentang ini?" soal Soam.

Soam berkata ada salah tanggapan bahawa pemaju cenderung untuk membina harta mewah.

Tanpa mengulas lanjut, Soam berkata kadang-kadang isu itu dimainkan untuk tujuan politik.

Bagaimanapun, Jabatan Perakaunan Malaysia melaporkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dilaporkan mendedahkan bahawa bekalan kediaman meningkat 1.5 peratus kepada 32,810 unit bernilai RM19.76 bilion pada separuh pertama tahun 2019.

Daripada jumlah itu, hartanah yang berharga melebihi RM1 juta adalah sebanyak 4,231 unit atau 12.8 peratus.

Sementara itu, Soam juga mengalu-alukan cadangan Zuraida untuk menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sama ada di tanah besar China atau Hong Kong untuk menarik pembeli Cina untuk datang dan melabur dalam hartanah tempatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS