Kakitangan MAS tangguh rancangan berpiket
Terjemahan Kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) sedang menunggu hasil rundingan dengan pihak pengurusan sebelum memutuskan sama ada akan meneruskan tindakan perindustrian.
Presiden Kesatuan Kakitangan Penerbangan Malaysia (Maseu) Alias Aziz berkata, rundingan itu akan menumpukan kepada jumlah pampasan bagi Skim Perpisahan Sukarela (VSS) serta jaminan tiada kakitangan yang akan diberhentikan.
"Jika mereka bersedia menerima VSS, maka ianya OK. Jika mereka mahu terus bekerja, maka mereka mesti dibenarkan berbuat demikian," katanya ketika dihubungi.
"Jika mereka (pihak pengurusan) memboleh jaminan masa depan kakitangan MAS, maka kami tidak akan berpiket. Tapi jika mereka gagal berbuat demikian, kami akan berpiket," tambahnya.
Ditanya berapa lama rundingan itu akan selesai, Alias berkata, ia bergantung kepada rundingan semalam iaitu hari pertama bermula proses perundingan tersebut.
Menguntungkan syarikat lain
Alias berkata, kesatuan juga sedang berusaha untuk bertemu pihak kerajaan secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan MAS akan memberhentikan 6,500 daripada 23,000 kakitangannya selepas semua, kecuali 10 destinasi penerbangan domestik, diserahkan kepada syarikat tambang murah AirAsia di bawah pelan rasionalisasi.
Menurut laporan, AirAsia dipercayai telah menawarkan peluang pekerjaan kepada 1,000 kakitangan MAS yang terjejas.
Bagaimanapun, pelan itu tidak disenangi Maseu, yang menegaskan, proses pemberhentian kakitangan itu tidak sepatutnya dilakukan untuk faedah "syarikat penerbangan yang lain".
Kesatuan itu berkata, pihaknya akan mengadakan piket di seluruh negara sekiranya MAS meneruskan rancangannya untuk memberhentikan kakitangan. Mereka juga akan memakai ikatan tangan hitam sebagai tanda membantah rancangan tersebut. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.