Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia, S'pura setuju lanjut tarikh akhir keputusan projek RTS

Malaysia dan Singapura bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir bagi membuat keputusan berhubung projek Sistem Transit Aliran Johor-Singapura (RTS) ke 31 Oktober ini tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.

Menteri Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, tarikh akhir itu telah dilanjutkan ke 31 Oktober ini tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.

Perjanjian Tambahan untuk menangguhkan Sistem RTS itu dari 1 April ke 30 September 2019 ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Penyelarasan bagi Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan pada 21 Mei lepas.

Projek berkenaan pada awalnya dijadual untuk pembinaan pada tahun ini dan dijangka siap Disember 2024.

Pembinaan projek ini bertujuan untuk menangani kesesakan perjalanan yang dihadapi setiap hari antara kedua-dua negara.

Projek Sistem RTS itu melibatkan pembinaan sejauh 4km dari Bukit Chagar (Johor Baru) ke Woodlands (Singapura), dengan keupayaan kapasiti membawa 10,000 penumpang setiap jam.

Menurut Loke, di bawah perjanjian asal, tambang satu hala ditetapkan RM15 dan ini akan membebankan kepada sesetengah rakyat Malaysia yang pergi bekerja setiap hari ke Singapura.

-Bernama

Lihat Komen
ADS