Lagi perang mulut mengenai Khairy
Terjemahan Walaupun beliau bukan seorang ahli Parlimen, tetapi nama Khairy Jamaluddin sudah cukup untuk mencetuskan perdebatan hangat di sidang Dewan Rakyat.
Terjemahan Walaupun beliau bukan seorang ahli Parlimen, tetapi nama Khairy Jamaluddin sudah cukup untuk mencetuskan perdebatan hangat di sidang Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berperang mulut mengenai menantu Perdana Menteri ini, berhubung dakwaan mengenai peranannya dalam pentabbiran kerajaan.
Semuanya bermula apabila Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berucap membahaskan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Beliau mengkritik Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) kerana melabelkan Khairy sebagai"mastermind" dalam pentadbiran.
"Apa salah budak ini? Dituduh menjadi mastermind dan macam-macam lagi dalam Dewan Rakyat dan beliau tidak dapat menjawab balik kerana beliau bukan anggota Parlimen," katanya ketika membahaskan usul itu.
Lim lantas bangun dan menafikan yang beliau menuduh Khairy sebagai "mastermind" tetapi sebaliknya merujuk kepadea rencana Naib Ketua Pemuda Umno itu dalam akhbar The New Straits Times baru-baru ini.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau tidak mengatakan yang Khairy sebagai mastermind, tetapi cuba berkata `gravy train' (limpahan habuan) kerana beliau (Khairy) bercakap mengenai ketirisan sebanyak 10 peratus.
Menurut Lim, jika kerajaan akan membelanjakan RM220 bilion untuk pembangunan dalam
RMK-9, maka 10 peratus itu adalah RM22 bilion, tetapi beliau mendakwa ketirisan itu sebenarnya 30 peratus.
Lim kemudiannya bertanya sama ada Bung Moktar bersetuju, jika berlaku rasuah dan tirisan dalam pelaksanaan RM220 bilion dalam RMK9, ia dengan mudahnya menjadi'gravy train' untuk Umnoputra, sepertimana yang dibangkitkan olehnya (Lim) ketika perbahasan Isnin lalu.
Kisah Hang Nadim
Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) turut mencelah sambil mengatakan pembangkang cemburu dengan kejayaan Khairy.
Beliau menyamakan nasib Khairy seperti Hang Nadim ketika menyelamatkan Singapura yang dilanggar todak, sehingga menimbulkan perasaan di kalangan orang-orang besar ketika itu, seolah-olah budak itu mengganggu-gugat kedudukan mereka.
Bung Moktar pula menyifatkan Khairy sebagai satu modal insan yang diperlukan oleh negara dan oleh itu, katanya, mengapa Khairy harus dihalang semata-mata kerana dia merupakan menantu perdana menteri.
Kenyataan Bung Mokhtar itu segera dibidas oleh Lim yang bangun dan bertanya: "Kenapa Kinabatangan berkempen untuk tunjuk taat setia kepada Khairy. Yang Berhormat patut bercakap soal rasuah."
Bung Moktar menjawab : "Taat setia saya adalah kepada raja dan negara."
Prestasi peneraju GLC
Sementara itu, ketika bercakap mengenai syarikat berkaitan kerajaan(GLC), Bung Moktar berkata, mereka perlu berkongsi keuntungan dengan melabur dalam syarikat tempatan.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa Telekom menaja liputan perlawanan liga perdana bolasepak Inggeris manakala Proton pula menaja satu pasukan ( (Norwich City) dalam liga yang sama.
Beliau juga tidak berpuashati dengan "ketidakmampuan" peneraju GLC yang mengikut Bung Moktar adalah bekas kakitangan awam dan menuntut supaya mereka yang berkebolehan dilantik menerajui GLC.
Sebagai contoh, dakwanya, seorang peneraju Proton yang sebelumnya bertugas di KLSE telah mencadangkan pelaburan RM300 juta untuk komputer yang masih disimpan di sana, dan kerana itulah, dakwanya, syarikat berkenaan mengalami kerugian.
"Yang sama berlaku di Penerbangan Malaysia, walaupun kita sudah banyak kali bercakap mengenainya. Ramai yang mahu Pengerusi (Datuk Dr Munir Majid) diganti, tetapi beliau masih di sana, jadi bagaimana kita hendak untung?" soalnya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.