Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Adib: Polis masih tunggu arahan peguam negara
Diterbitkan:  Sep 30, 2019 12:50 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Pihak polis masih menunggu arahan dari jabatan peguam negara bagi menjalankan siasatan lanjut susulan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Kita akur dengan keputusan dibuat Mahkamah Koroner tersebut dan kami tengah tunggu arahan lanjut jabatan peguam negara.

“Siasatan tidak pernah tutup dan masih teruskan juga dan dijalankan bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan cuba kesan mereka terlibat dan bawa ke muka pengadilan,” kata Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid.

Mior Faridalathrash Wahid

Pada 27 September lalu, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian anggota bomba tersebut yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, Selangor, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Muhammad Adib yang cedera parah akibat serangan tersebut disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 17 Disember 2018.

Katanya lagi, pihak polis masih belum membuat keputusan bagi menahan semula empat suspek yang didakwa sebelum ini kerana menyerang Muhammad Adib.

“Mereka (suspek) sudah kena tahan sebelum ini dan beri keterangan kepada pihak polis serta dah juga dibebaskan.

“Kalau kita rasa perlu, kita panggil kembali,” katanya.

Lihat Komen
ADS