Guna perkataan kesat terhadap wartawan, setiausaha akhbar Samy mohon maaf
Terjemahan Setiausaha Akhbar Menteri Kerjaraya, E Sivabalan telah melemparkan kata-kata kesat terhadap wartawan malaysiakini , Beh Lih Yi ketika dia cuba menemui Datuk Seri S Samy Vellu di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Terjemahan Setiausaha Akhbar Menteri Kerjaraya, E Sivabalan telah melemparkan kata-kata kesat terhadap wartawan malaysiakini , Beh Lih Yi ketika dia cuba menemui Datuk Seri S Samy Vellu di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Wartawan berkenaan mahu mendapatkan respons daripada menteri berkenaan berhubung perkara yang berkaitan dengan dirinya, yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Pagi ini, Samy Vellu hadir di dewan untuk menjawab soalan mengenai kementeriannya dan sekumpulan wartawan menghampirinya ketika beliau keluar dari dewan persidangan.
Ketika tiu, Sivabalan menghampiri para wartawan dan bertanya apa yang mereka mahu daripada bosnya itu.
Beh: Kami ingin mendapatkan respons beliau terhadap perbahasan mengenai kementerian beliau semalam.
Sivabalan: Saya telah menghubungi semua surat khabar (untuk memberitahu) yang mereka tidak boleh menulis cerita itu kerana mereka boleh disaman kerana fitnah. Kamu tidak boleh bertanya (kepada menteri berkenaan) soalan ini sekarang kerana kamu juga akan disaman kerana fitnah.
Beh: Bertanya soalan tidak sama dengan fitnah
Sivabalan: Awak dari akhbar mana?
Beh: Saya dari malaysiakini .
Sivabalan: Adakah awak siar cerita tersebut?
Beh: Ya, kami menyiarkannya, tetapi kami tidak siarkan nama beliau (menteri).
Sivabalan: Saya telah beritahu kamu jangan tulis cerita tersebut...
Ketika itu, Samy Vellu lalu berhampiran kumpulan wartawan berkenaan untuk meninggalkan dewan dan apabila Beh cuba menghampirnya, dia dihalang oleh Sivabalan.
Sambil menuding jari ke arah muka Beh, Siva berkata: "Saya sudah beritahu kamu jangan tanya. Jangan buat saya marah."
"Jangan gertak saya, En Siva," jawab Beh.
Ketika Sivabalan berjalan bersama Samy Vellu, dia tiba-tiba berpusing ke arah kumpulan wartawan berkenaan serta menuding jarinya ke arah Beh, sambil berkata: "Dia sangat biadap. F**K wanita itu!".
Kira-kira 20 minit kemudian, Sivabalan memohon maaf daripada Beh melalui telefon, sambil berkata yang dia tidak sepatutnya menggunakan kata-kata kesat seumpama itu.
Beri jaminan
Sebaik sahaja diberitahu oleh Beh mengenai kejadian tersebut, Pengarang Berita malaysiakini , Francis Paul telah menghubungi Sivabalan dan bertanya mengenai apa yang telah berlaku.
Selepas memberi penjelasan yang panjang lebar melalui telefon di mana Sivabalan mengakui telah menggunakan perkataan kesat tersebut beliau memohon maaf kepada malaysiakini .
Francis memberitahu Sivabalan, adalah salah bagi seorang setiausaha akhbar bersikap sedemikian terhadap wartawan kerana mereka ditugaskan oleh editor masing-masing untuk membuat susulan terhadap berita-berita tertentu.
"Saya minta maaf kerana hilang sabar pagi ini terhadap wartawan anda. Saya telahpun memohon maaf daripadanya dan saya sekali lagi memohon maaf," kata Sivabalan.
Francis memberitahu Sivabalan yang beliau menerima pemohonan maafnya bagi pihak malaysiakini, tetapi memintanya memberi jaminan perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi.
Sivabalan kemudiannya memberi jaminan bahawa kejadian tersebut tidak akan berulang lagi. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.