Bekas eksekutif Petronas Dagangan didakwa rasuah
Seorang bekas eksekutif Petronas Dagangan Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyalahgunakan kedudukannya dalam mengarahkan seorang pembekal untuk membeli kotak bagi bekas minyak pelincir daripada sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan.
Seorang bekas eksekutif Petronas Dagangan Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyalahgunakan kedudukannya dalam mengarahkan seorang pembekal untuk membeli kotak bagi bekas minyak pelincir daripada sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan.
Abdul Jabbar Mohamad, 49, yang ketika itu dengan Jabatan Bekalan dan Operasi Petronas Dagangan didakwa mengarahkan Hassim Bidin, pengarah Hassia Sdn Bhd, yang telah memperoleh tender bagi pembuatan, pembekalan dan penghantaran bekas plastik minyak pelincir untuk Petronas Dagangan.
Hassim, yang mendapat tender itu di bawah program pembangunan vendor, didakwa meminta Abdul Jabbar untuk membeli kotak bagi bekas pelincir itu daripada Geena Enterprise yang bekas eksekutif itu mempunyai kepentingan.
Menurut Bernama, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Bekalan dan Operasi Petronas Dagangan di Faber Tower, Taman Desa, Jalan Klang Lama, di antara Februari 1998 dan Ogos 1999.
Abdul Hamid dituduh mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegah Rasuah 1997 yang membawa hukuamn penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah yang terbabit dalam kes itu atau denda minimum RM10,000.
Hakim Mahkamah Sesyen Nursinah Adzmi mengenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei bagi sebutan kes.
Saudara perempuan Abdul Jabbar membayar ikat jamin itu. Pegawai pendakwa Rosnan Mohamed Ali mewakili BPR sementara Abdul Jabbar dari Bedong, Kedah tidak diwakili.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.