Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cuepecs gesa k'jaan kaji semula penutupan ILKKM
Diterbitkan:  Oct 4, 2019 11:11 PM
Dikemaskini: 3:11 PM

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menggesa kerajaan agar mengkaji semula cadangan penutupan 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di seluruh negara, demi kebajikan kakitangan dan warga kerja di bawah KKM sendiri.

Sembilan ILKKM ditutup pada Julai lepas dan Presiden Cuepacs Azih Muda berharap agar kerajaan akan membatalkan rancangan penutupan 10 lagi ILKKM secara berperingkat mulai tahun ini.

"Dalam keadaan hari ini, dengan semua hospital dan klinik sama ada awam atau swasta yang sentiasa penuh, kita pula tidak dibekalkan lagi dengan pakar-pakar dan ilmu-ilmu kesihatan yang setaraf antarabangsa,” katanya selepas pertemuan bersama 20 gabungan kesatuan sekerja yang berada di bawah KKM di Wisma Cuepacs, di Kuala Lumpur,hari ini.

"Kami difahamkan, kerajaan bercadang mahu tinggalkan 14 ILKKM di seluruh negara, tetapi itupun hanya untuk program lanjutan.

"Kami berpendapat untuk program lanjutan ini, ia tidak cukup dan membebankan penjawat-penjawat awam dalam melengkapkan kepakaran mereka, dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan tugasan di bawah KKM," katanya.

Justeru, kata Azih, Cuepacs akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dalam masa terdekat, bagi membincangkan isu itu sebagai usaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS