Presiden Fidel Castro dan saudara lelakinya Raul Castro pemimpin nomber dua Cuba dan panglima angkatan tenteranya mengadakan perjumpaan berasingan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang sedang mengadakan lawatan ke negara tersebut.

Syed Hamid menemui Fidel dan Raul sejurus sebelum beliau berlepas pulang dari Cuba lewat semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar Cuba berkata, dalam lawatan seharinya itu, Syed Hamid turut menemui rakan sejawatannya, Felipe Perez Roque.

Cuba dijadualkan mengambil alih jawatan pengerusi Pertubuhan Pergerakan Berkecuali (NAM) daripada Malaysia September depan.

Malaysia dan Cuba juga bersetuju untuk mewujudkan perkhidmatan berkomputer perniagaan dan meningkatkan lagi hubungan antara universiti kedua buah negara.

- AFP