Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
MP DAP sah pengerusi baru NIOSH
Diterbitkan:  Oct 6, 2019 11:49 AM
Dikemaskini: 9:09 AM

Anggota Parlimen Lanang dari DAP, Alice Lau disahkan menjadi pengerusi baru Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

NIOSH dalam kenyataan hari ini berkata, Lau telah dilantik oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya berkuatkuasa 1 Oktober 2018 hingga 20 September 2022.

"NIOSH yakin yang Lau, dengan pengalaman dan kelayakannya, akan dapat terus menyumbang kepada NIOSH dan akan memimpin NIOSH ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi," kata institut itu.

Lau pernah menjadi ahli farmasi dan memiliki ijazah Sarjana Farmasi dari University of Strathclyde di Glasgow, Scotland.

Beliau menggantikan Lee Lam Thye yang tamat kontrak baru-baru ini.

Ketika dihubungi, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan berkenaan pelantikan itu esok.

Malaysiakini difahamkan berkenaan pelantikan itu Khamis lalu.

Ketika dihubungi sebelum ini, beliau enggan mengulas perkara itu lebih lanjut, termasuk sama ada akan menerima tawaran itu atau sama ada pelantikan anggota parlimen Pakatan Harapan satu langkah yang betul - memandangkan janji manifestonya bahawa tiada pelantikan politik dalam agensi berkaitan kerajaan - selagi tidak menerima surat tawaran.

Malaysiakini juga telah menghubungi pejabat Kulasegaran sejak Khamis lalu untuk mendapatkan maklum balas berkenaan pelantikan Lau dan beberapa perkara berhubung pelantikan lain dalam Niosh, termasuk satu lagi jawatan penting dalam lembaga pengarah.

Setakat ini belum ada maklum balas rasmi daripada Kulasegaran mahupun pejabatnya.

Lihat Komen
ADS