Peletakan jawatan Thaksin tidak jejas hubungan dengan jiran
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata perletakan jawatan Thaksin Shinawatra tidak akan memberi kesan kepada hubungan Thailand dengan negara-negara jirannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata perletakan jawatan Thaksin Shinawatra tidak akan memberi kesan kepada hubungan Thailand dengan negara-negara jirannya.
"Kita tidak berurusan dengan individu, kita berurusan dengan kerajaan. Oleh itu, hubungan diplomatik dengan kerajaan (Thailand) akan berterusan," katanya.
"Kerjasama akan diteruskan," katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Thaksin meletakkan jawatan Selasa lalu berikutan tunjuk perasaan besar-besaran mendesakknya berbuat demikian dan melantik timbalannya, Chidchai Vanasatidya menggantinya menerajui kerajaan sementara.
Abdullah berkata, beliau yakin Thailand mampu menyelesaikan masalahnya itu.
Beliau berharap semuanya akan selesai dengan baik dan yakin Thailand mampu menangani masalahnya sebaik mungkin," katanya.
Pertikaian diplomatik
Hubungan Malaysia-Thai teruji tahun lalu selepas sekumpulan 131 penduduk wilayah selatan Thai melarikan diri ke negara ini berikutan pergolakan di wilayah berkenaan.
Kejadian tersebut mencetuskan krisis diplomatik antara Thai dan Malaysia yang berpendirian bahawa mereka tidak seharusnya dipaksa pulang jika keselamatan mereka tidak terjamin.
Oktober lalu, ketika kemuncak pertikaian tersebut Menteri Luar Thailand berkata beliau tidak akan lagi bercakap dengan pihak Malaysia.
Bagaimanapun hubungan kedua negara semakin baik Disember lalu selepas Malaysia menghantar pulang salah seorang daripada 131 penduduk terbabit seorang lelaki yang dikehendaki kerana didakwa terbabit dalam keganasan di wilayah selatan Thai.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.