Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Foodpanda pertahan skim pembayaran, harap k’jaan tak campur tangan
Diterbitkan:  Oct 7, 2019 3:38 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Di sebalik protes, Foodpanda memutuskan untuk mengekalkan sistem pembayaran barunya.

Pengarah Urusan Sayantan Das berkata mereka mengalu-alukan kebimbangan kerajaan, tetapi syarikat penghantaran makanan itu perlu membuat keputusan mampan untuk operasi dan penunggangnya.

“Mekanisme baru ini dirangka berdasarkan data diterima syarikat dan dapat membantu penungganggn menambah pendapatan,” katanya.

“Kami mengalu-alukan naratif itu, pandangan dan usaha untuk memahami permintaan pasaran, tetapi syarikat harus bertindak tanpa campur tangan kerajaan,” katanya dalam sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Kabinet pada 2 Oktober lalu menyarankan syarikat penghantaran dalam talian itu mengembalikan skim pembayaran asal untuk menjamin kebajikan penunggang mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penunggang Foodpanda dalam dialog di rumah Syed Saddiq sebelum ini

Dua minggu lepas kira-kira 200 penunggang Foodpanda mogok bagi membantah skim pembayaran baru yang didakwa tidak adil.

Pelaksanaan skim itu dikatakan mengurangkan jumlah pendapatan mereka disebabkan bayaran tetap RM4 sejam dimansuhkan dengan menaikkan bayaran pesanan antara RM4.50 hingga RM7 mengikut kumpulan tertentu.

Media melaporkan penghantar Foodpanda merungut dengan skim baru itu kerana mereka perlu menunggu dua hingga tiga jam tanpa menerima sebarang pesanan makanan.

Lihat Komen
ADS