Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa UM boleh jumpa VC jika tak puas hati - Maszlee
Diterbitkan:  Oct 8, 2019 3:08 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) perlu bertemu Naib Canselor universiti itu, Dr Abdul Rahim Hashim jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Katanya, pertemuan antara kedua-dua belah pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat kenyataan kepada media.

“Mereka boleh suarakan rasa tidak puas hati terus kepada naib canselor (Dr Abdul Rahim) dan saya percaya beliau (Abdul Rahim) seorang yang berfikiran terbuka dan akan mendengar apa yang pelajar mahu suarakan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Dilaporkan kesatuan mahasiswa berkenaan menggesa Abdul Rahim meletakkan jawatan berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu, Ahad lepas.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas pelajar itu, Maszlee berkata: “Kita bukan berada di zaman (kerajaan) Barisan Nasional”.

- Bernama

Lihat Komen
ADS