Samy: Saya tidak pelawa Teagarajan tanding naib presiden MIC
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau tidak pernah mempelawa Ketua MIC Kuala Lumpur, Datuk V K K Teagarajan supaya bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu Jun depan.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau tidak pernah mempelawa Ketua MIC Kuala Lumpur, Datuk V K K Teagarajan supaya bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu Jun depan.
Menurutnya, beliau tidak pernah merestui hasrat Ketua Perhubungan MIC Kuala Lumpur itu.
Sebaliknya, Menteri Kerjaray aitu berkata, sebagai ahli parti, Teagarajan mempunyai hak dan bebas untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu.
"Saya tak panggil (pelawa) dia bertanding. Dia bebas (bertanding), itu hak dia," kata beliau kepada pemberita sebelum merasmikan mesyuarat Agung MIC negeri di Butterworth semalam.
Teagarajan, 57, baru-baru ini berkata beliau akan bertanding jawatan berkenaan kerana ingin "memberi khidmat di peringkat lebih tinggi dan memberikan sepenuh perhatian kepada usaha memperbaiki kedudukan masyarakat India di Malaysia secara umum".
Menurut laporan Bernama, bulan lalu, Samy Vellu menamakan penyandang Naib Presiden Datuk S Veerasingham, Tan Sri K.S Nijhar dan Setiausaha Agung Datuk S. Sothinathan sebagai tiga naib presiden pilihan beliau.

