Undian SMS untuk calon timbalan presiden MIC
Budaya menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengundi calon pilihan, turut menular ke arena politik dengan pelancaran undi SMS calon bagi jawatan timbalan presiden MIC.
Budaya menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengundi calon pilihan, turut menular ke arena politik dengan pelancaran undi SMS calon bagi jawatan timbalan presiden MIC.
Undian SMS itu dikendalikan oleh Pertubuhan Perkhidmatan Rakyat Malaysia (PPRM) dan majalah dua bulan sekali Nayagan, untuk mengetahui pendapat orang ramai mengenai isu itu.
Melalui undian SMS "Siapa Calon Pilihan Bagi Jawatan Timbalan Presiden MIC", orang ramai boleh mengundi memilih sama ada Datuk S.Subramaniam atau Datuk G Palanivel dua calon bagi jawatan tersebut.
Presiden PPRM P.Gunaseelan berkata, isu jawatan timbalan presiden MIC merupakan topik hangat yang diperkatakan sekrang dan pemilihan itu akan memberi peluang orang ramai berkongsi pendapat mengenai kedua-dua calon bagi jawatan berkenaan.
"PPRM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi dalam menjalankan undian itu tetapi hasrat kami adalah untuk mengetahui mengenai perasaan umum dan sentimen rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita.
Keputusan sebenar
Menurutnya, undian SMS itu akan dijalankan secara adil, saksama, profesional, dalam suasana mesra dan bukan bertujuan mencetuskan ketidakharmonian di kalangan calon MIC dan penyokong mereka.
Ditanya sama ada keputusan undian SMS itu akan membawa kesan kepada keputusan sebenar semasa pemilihan, Gunaseelan berkata: "Kami bukan cuba mempengaruhi keputusan sebenar... ini hanya untuk menimbulkan minat kerana keputusan muktamad masih bergntung kepada para perwakilan MIC."
Menurut laporan Bernama, undian SMS itru bermula hari ini hingga 20 Jun dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Orang ramai boleh mengundi dengan menaip Vote SS bagi Datuk S.Subramaniam atau Vote GP bagi Datuk G.Palanivel dan hantar kepada 32252. Setiap SMS akan dicaj 50 sen.
Profil kedua-dua calon juga boleh didapatkan dengan menaip PROFILE SS (bagi S.Subramaniam) atau PROFILE GP (G.Palanivel) dan hantar kepada nombor yang serupa.
Orang ramai boleh mendapatkan akses kepada keputusan terkini yang akan disediakan setiap Khamis dengan menaip STAT dan hantar kepada 32252.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.