Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekolah kebangsaan dilayan secara tidak adil, kata Ismail Sabri

PARLIMEN l Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Ismail Sabri Yaakob menuduh kerajaan Pakatan Harapan tidak memberi layanan yang adil kepada sekolah kebangsaan dalam Belanjawan 2020.

Membandingkan, peruntukan RM300 juta kepada 9,000 sekolah kebangsaan dengan RM15 juta untuk diserahkan kepada 60 buah sekolah menengah persendirian Cina, katanya, setiap sekolah Cina itu akan mendapat purata RM250,000 pada tahun 2020.

Jumlah itu, menurutnya, adalah 6.5 kali atau 555 peratus lebih tinggi daripada RM38,172 yang akan diterima oleh setiap sekolah rendah kebangsaan.

“Dan sekiranya pengagihan peruntukan ini dihitung berdasarkan bilangan kelas, 1 kelas sekolah kebangsaan mendapat hanya sebanyak RM1,986 peruntukan naik taraf.

“Sedangkan 1 kelas SJKC mendapat sebanyak RM2,602 dan SJKT mendapat sebanyak RM11,299,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Justeru, kata pemimpin Umno itu, pembahagian peruntukan kewangan perlu dilaksanakan secara lebih adil dan berpadanan haruslah berpandukan bilangan sekolah dan jumlah pelajar.

“Bukannya sekadar bersifat pukul rata...

“Kalau konsep kesamarataan itu digunakan, tentu sekolah kebangsaam dapat banyak, sekarang dasar tidak sama rataan dilaksanakan, dasar tidak adil dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Shahidan Kassim (BN-Arau) mencelah dan berkata bahawa belanjawan untuk pendidikan harus diperuntukkan mengikut komposisi kaum di negara ini.

“Jumlah penduduk negara ini, bumiputera 70 peratus, 22.8 peratus Cina, 6.9 peratus India.

Apa asas digunakan untuk beri bantuan pendidikan, mengapa tidak ikut asas penduduk,” soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS