Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banjir kilat di Batu Gajah akibat hujan lebat
Diterbitkan:  Oct 15, 2019 9:21 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Hujan lebat selama beberapa jam sejak pukul 6 petang semalam telah menyebabkan banjir kilat kawasan Kampung Piandang, Seputeh di Batu Gajah, Perak malam tadi.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kinta, 11 penduduk daripada enam rumah yang dinaiki air, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang sehingga pukul 8 pagi ini.

"Pada mulanya seramai 29 orang dipindahkan ke PPS dibuka bermula pukul 12 malam tadi, apabila kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.4 meter.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air dari Sungai Bangkong ke kediaman berhampiran sungai itu, selepas hujan lebat," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Operasi turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Batu Gajah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata limpahan air dari sungai berkenaan telah surut sepenuhnya dan kini keadaan baik dan terkawal manakala pusat PPS telah ditutup pada pukul 9 pagi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS