Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia, Goldman bincang gugur tuduhan berkaitan 1MDB
Diterbitkan:  Oct 17, 2019 6:14 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Goldman Sachs mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menggugurkan dakwaan jenayah terhadap tiga anak syarikat bank yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, kata pendakwa tertinggi negara-negara Asia Tenggara kepada Nikkei Asian Review.

Penyiasat Malaysia dan AS berkata kira-kira AS$ 4.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana pelaburan negara yang kini tidak berfungsi, 1MDB.

Tahun lepas, Malaysia memfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan terbitan bon AS$ 6.5 bilion untuk 1MDB.

Pendakwa raya di Malaysia pada Ogos memfailkan tuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarahnya.

"Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat awal, tetapi perbezaan masih sangat luas," lapor Nikkei pada Khamis yang memetik Peguam Negara Malaysia, Tommy Thomas.

"Kedua-dua tuduhan jenayah dan rundingan penyelesaian berlaku serentak. Ia tidak saling berhubungan," katanya seperti dilapor Reuters.

Kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan mengenai jumlah pampasan dalam dua pusingan perbincangan, kata Thomas.

Usaha untuk mendapatkan komen Thomas dan pegawai di pejabatnya tidak berjaya.

Selasa lalu Goldman Sachs berkata ia berbincang dengan kerajaan dan pihak berkuasa mengenai kemungkinan penyelesaian siasatan berkaitan 1MDB.

Bank AS tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Lihat Komen
ADS