Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 10:24 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

Ringgit rendah pada pembukaan Jumaat, selari penurunan harga minyak mentah walaupun Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya membuat komitmen untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan disebut harga pada 4.1810/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1830 yang direkodkan pada penutupan Khamis.

Harga minyak mentah kini didagangkan pada harga AS$59.74 setong, merosot 0.28 peratus.

Peniaga itu bagaimanapun berkata dolar AS juga merosot selepas kerajaan British dan Kesatuan Eropah bersetuju dengan perjanjian Brexit yang sudah lama ditunggu-tunggu, menyebabkan pelabur beralih perhatian kepada euro.

Berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah kecuali yen, yang meningkat kepada 3.8467/8505 daripada 3.8525/8572.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0628/0659 daripada 3.0576/0607, rendah berbanding pound British kepada 5.3772/3819 daripada 5.3728/3783 dan susut kepada 4.6522/6560 daripada 4.6411/6460 berbanding euro.

- Bernama

Lihat Komen
ADS