Pihak berkuasa Malaysia telah merampas kira-kira 20,000 tan beras bernilai RM25 juta ringgit yang diseludup dari Thailand, Myanmar, Pakistan dan Vietnam, demikian menurut satu laporan media hari ini.

Akhbar The New Straits Times melaporkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang ahli politik Malaysia, beberapa buah syarikat dan ahli perniagaan rakyat asing, berhubung rampasan tersebut yang terbesar tahun ini.

Akhbar tersebut melaporkan, 12 kontena yang berisi beras tersebut, yang diseludup ke negara ini dalam beberapa peringkat sejak lewat tahun lalu, ditemui di terminal pelabuhan Klang.

Beras tersebut dipercayai hendak dibawa ke Indonesia, tetapi berikutan kawalan ketat pihak berkuasa kedua buah negara, maka para penyeludup terpaksa memasarkan di sini, katanya.

Harga kawalan

Skim tersebut terdedah apabila pihak-pihak terbabit dikesan mengedarkan beras ke negeri-negeri di Malaysia.

Seorang pegawai pertanian memberitahu NST, syarikat beras, Bernas, merupakan pengimport tunggal beras ke Malaysia di mana harganya dikawal bagi melindungi kepentingan pengeluar beras tempatan.

"Apa sahaja yang berkaitan dengan beras, sama ada yang disimpan, diedar atau diimport, memerlukan kebenaran, lesen pemborong dan permit yang dikeluarkan oleh bahagian penyeliasan pada dan berats," kata ketua bahagian berkenaan, Ibrahim Muhamad.

- AFP