Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sungkai dilanda banjir kilat, sebuah PPS dibuka
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 2:15 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan seramai 21 penduduk membabitkan tujuh keluarga di Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air, lewat tengah malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batang Padang berkata sehingga 11.40 pagi, kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Kelah Baru.

Beliau berkata hujan lebat yang berterusan bermula 6.45 petang semalam sehingga lewat malam tadi menyebabkan air Sungai Klah Baru melimpah dengan cepat dan menjejaskan tujuh buah rumah yang didiami kesemua mangsa.

“Air masih bertakung di kawasan rendah. Keadaan air semasa semakin surut dan menyebabkan tujuh buah rumah yang didiami mangsa itu masih ditenggelami air,” katanya.

Sementara itu, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak Pekan di Tanjung Malim yang menempatkan seramai 21 penduduk daripada empat keluarga susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Trolak Pekan ditutup sepenuhnya pada 8 pagi tadi.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat, Kampung Lintang di Sungai Siput yang menempatkan seramai 49 orang daripada 12 keluarga mangsa banjir ditutup sepenuhnya pada 1 tengah hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS