Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seramai 13 penduduk Kampung Kuala Repas, Bentong dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata hujan selama 20 minit bermula pukul 8 malam menyebabkan tiga rumah di kawasan berkenaan dinaiki air sedalam setengah kaki (0.152 meter).

“Susulan maklumat yang diterima APM pada pukul 8.45 malam, sebuah PPS banjir telah dibuka di Surau Kampung Kuala Repas pada pukul 10.15 malam.

“PPS itu menempatkan tiga lelaki lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan daripada tiga keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS