Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cari dadah tapi jumpa bom, 600 peluru
Diterbitkan:  Oct 21, 2019 9:57 AM
Dikemaskini: 1:58 AM

Serbuan polis untuk membongkar aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah semalam bertukar menjadi operasi jenayah lain apabila mereka menjumpai dua bom tangan serta sejumlah besar peluru di George Town.

Difahamkan serbuan anggota bahagian narkotik polis Pulau Pinang membabitkan sebuah premis di tingkat 15 sebuah bangunan pangsapuri.

Serbuan itu, lapor The Star Online, dibuat selepas seorang suspek kes dadah membawa polis ke kediaman tersebut kira-kira jam 7.30 malam.

Suspek dikatakan memberi maklumat bahawa terdapat lebih banyak dadah yang disembunyikan di apartmen itu.

Bagaimanapun, pegawai polis terkejut apabila mereka mendapati ada kira-kira 600 butir peluru hidup disorok dalam ruang penyimpanan hos api di sebelah rumah berkenaan.

Penduduk di bangunan pangsapuri terbabit memberitahu, kediaman berkenaan pernah diserbu dan seorang lelaki ditangkap apabila polis menemui dadah dan pistol di unit tersebut.

Lihat Komen
ADS