Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bas mini akan diperluas - Menteri pengangkutan
Diterbitkan:  Oct 21, 2019 4:33 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Pihak Prasarana dan RapidKL akan mengadakan satu kerjasama strategik dengan syarikat operator bas dalam memperluas dan menambah baik perkhidmatan bas mini yang membuat kemunculan semula di ibu negara bulan lepas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ia berikutan perkhidmatan tersebut mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai dengan purata 1,200 penumpang sebelum ini telah meningkat kepada 1,800 penumpang setiap hari di laluan T304 (Ampang Point ke Bukit Indah).

“Kelebihan bas yang lebih kecil ini ia lebih mudah untuk masuk ke kawasan perumahan dan ini memudahkan pemandu bas maka tempoh untuk trip itu lebih pendek dan beroperasi dengan kekerapan 15 minit pada waktu puncak.

“Rapid KL telah membuat kajian dan kebanyakan penumpang telah memberikan sokongan terhadap kepuasan hati mereka kepada perkhidmatan bas mini, jadi ini telah memberikan satu petunjuk kepada kita bahawa memang pengenalan bas mini ini mendapat sambutan kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa,” katanya kepada pemberita selepas mencuba perkhidmatan bas mini itu di sini hari ini.

Loke dalam pada itu berharap perkhidmatan bas mini berkenaan diperkenalkan menjelang tahun hadapan terutamanya di kawasan perumahan dan berharap lebih banyak syarikat operator bas swasta yang akan melabur demi mempertingkatkan perkhidmatan bas itu.

Pada 28 Ogos lalu, Rapid KL dilaporkan telah mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 September hingga 29 November setelah hampir 21 tahun perkhidmatan bas mini dihentikan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS