Malaysiakini
BERITA

Maszlee: Tuisyen percuma dipenuhi dalam dua hingga tiga tahun lagi

Geraldine Tong

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Okt 2019, 8:06 pagi

PARLIMEN | Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata bahawa janji manifesto Pakatan Harapan untuk menawarkan tuisyen percuma di peringkat universiti akan dipenuhi dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

"Di peringkat universiti, meskipun ada subsidi kerajaan, masih ada yuran minimum yang perlu dibayar oleh pelajar.

"Perkara ini masih berada di peringkat analisis akhir, untuk melihat apakah mekanisme terbaik.

"Insya-Allah, dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, kami akan cuba memastikan janji yang disebutkan itu dapat dipenuhi," kata Maszlee di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan dari Salim Sharif (BN-Jempol) yang telah bertanya mengenai janji manifesto PH untuk pendidikan percuma serta bantuan daripada kerajaan untuk pelajar B40.

Maszlee juga menegaskan bahawa persekolahan peringkat rendah dan menengah sudah pun percuma ketika ini.

Beliau juga berkata kementeriannya sudah menyediakan banyak insentif kepada pelajar B40.

Bukan itu sahaja, katanya, kementerian lain juga mempunyai banyak inisiatif untuk menaikkan dan membantu pelajar B40.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.