Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cari 'Raja Rimba' kes ugut bunuh TYT S'wak

Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook 'Raja Rimba' yang memuat naik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh terhadap Yang Di Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dev Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenainya pagi tadi yang dibuat oleh kakitangan Astana Negeri.

"Setakat ini kita masih mencari pemilik akaun itu," katanya ketika dihubungi.

Raja Rimba antara lain membuat catatan "Kita serang kroni taib...bakar kilang CMS dan Naim," dalam satu kumpulan Facebook, NCR Sarawak.

Menurut laporan akhbar tempatan, pemilik akaun itu turut memuat naik catatan 'I will kill u' berserta gambar Taib dalam kumpulan Facebook sama, semalam, dan akaun berkenaan masih lagi aktif buat masa ini, namun kedua-dua catatan itu tidak dapat dikesan.

Dev berkata kes berkenaan disiasat sebagai ugutan jenayah di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS