Rayuan terhadap pembebasan pelajar ISA7 ditangguhkan
Terjemahan Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kes rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan tujuh pelajar universiti yang sebelum ini ditahan kerana dituduh mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram pada 2001.
Terjemahan Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kes rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan tujuh pelajar universiti yang sebelum ini ditahan kerana dituduh mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram pada 2001.
Hakim Datuk Abdull Hamid Embong membuat keputusan tersebut kerana seorang daripada pelajar terbabit Wan Sanusi Wan Mohd Noor tidak menerima notis mahkamah untuk menghadiri perbicaraan yang sepatutnya bermula hari ini.
Rayuan tersebut akan didengar pada 15 Jun depan. Para pelajar terbabit diwakili peguam Latheefa Koya dan Edmund Bon.
Pelajar terbabit, yang lebih dikenali sebagai 'ISA 7', didakwa sebelum ini atas tuduhan mengambil bahagian dalam penghimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 8 Jun tahun 2001 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, April lalu, mahkamah majistret telah membebaskan mereka daripada tuduhan tersebut. Tiga hari kemudiannya, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Selepas ditahan dalam kejadian tersebut, mereka dilarang menghadiri kuliah di universiti masing-masing Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Maya (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Walaupun mereka dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan berkenaan, hanya UTM yang mengambil semula pelajarnya Zulkefle Idris untuk menghabiskan baki enam bulan pengajiannya di peringkat diploma Sains Komputer.
Permohonan pelajar UiTM, Helman Sanuddin untuk menyambung pengajiannya, ditolak. Dia mengambil tindakan mahkamah untuk mencabar keputusan UiTM itu November lalu dan sedang menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala lumpur. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.