Mahkamah: Hujah PSM ancam keselamatan alasan yang lemah
Terjemahan Mahkamah Rayuan hari ini menolak alasan "mengancam keselamatan negara" sebagai salah satu sebab kerajaan untuk menolak permohonan pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Terjemahan Mahkamah Rayuan hari ini menolak alasan "mengancam keselamatan negara" sebagai salah satu sebab kerajaan untuk menolak permohonan pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Hakim Datuk Gopal Sri Ram memberitahu Peguam Kanan Persekutuan, Mary Lim bahawa Kementerian Halehwal Dalam Negeri tidak boleh menggunakan alasan 'mengancam keselamatan negara' untuk mempertahankan keputusannya itu, kerana 'tidak ada cukup bukti untuk menyokongnya'.
Gopal (foto), yang mendengar kes tersebut bersama hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Hashim Yusoff berkata demikian selepas mendengar hujah berhubung rayuan Pengerusi Penaja PSM, Dr Mohd Nasir Hashim terhadap keputusan kerajaan menolak pendaftaran PSM.
Kira-kira 100 orang yang memakai baju dan kemeja-T merah warna PSM memenuhi dewan mahkamah, sehingg Gopal terpaksa meminta wartawan duduk di meja peguam.
Ketika meminta mahkamah menolak rayuan PSM itu, Lim berhujah, afidavit Menteri Halehwal Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan alasan keputusan (penolakan) tersebut, tetapi Gopal berkata: "Kami tidak fikir begitu."
Lim menjawab, sebagai seorang menteri, Abdullah mengetahui maklumat tertentu untuk menjadi alasan penolakan tersebut.
Gopal: "Tidak ada bahan untuk menyokong (hujah) keselamatan negara itu."
Lim: "Saya tidak akan kata, tiada bahannya. Saya akan kata, bahannya ada tapi tidak mencukupi."
Gopal: "Jika begitu, habislah awak."
Maklumat polis
Menurut Lim lagi, Abdullah mempunyai maklumat dari pihak polis untuk menyokong keputusannya untuk menolak permohonan pendaftaran PSM.
Gopal pula menegaskan, maklumat itu mestilah berasaskan kepada fakta berkaitan dengan ahli-ahli parti itu dan sama ada mereka terbabit dalam 'aktiviti yang merosak dan prejudis terhadap keselamatan negara'.
Katanya, ia bercanggah dengan undang-undang keadilan semulajadi jika langkah menggunakan alasan keselamatan negara, tidak diterangkan dengan jelas kepada PSM kerana parti itu tidak berpeluang untuk membela dirinya.
Lim berkata, apa yang dinyatakan oleh menteri itu bukan kenyataan semata-mata, dan ketika itu, Gopal mahu Lim mengemukakan bahan sokongan tersebut.
Lim kemudian berhujah, Pendaftar Pertubuhan menggunakan budibicaranya dengan betul kerana terdapat "terlalu banyak kesilapan" dalam permohonan PSM, terutama dokumennya tidak lengkap dan gagal mempunyai perwakilan dari sekurang-kurangnya tujuh negeri menganggotai jawatankuasa penaja peringkat nasional, untuk layak didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di peringkat kebangsaan.
Apabila ditanya sama ada 'peraturan mengenai tujuh perwakilan' itu satu dasar yang munasabah, Lim berkata, PSM telah diberi notis yang mencukupi secara bertulis dan melalui pertemuan mengenai keperluan pendaftaran.
Katanya, PSM telah ditawarkan pendaftaran di peringkat negeri di Selangor yang menurut Lim, memperlihatkan sikap bertolak-asnur kerajaan.
"Kami bersedia untuk mereka bagi peringkat negeri. Tetapi mereka enggan memenuhi keperluannya," kata Lim.
Peraturan 'tidak munasabah'
Dalam jawapannya, Peguam kanan Tommy Thomas bagi pihak PSM berkata, peraturan 'tujuh orang perwakilan' itu tidak munasabah, bukan budibicara dan bercanggah dengan perlembagaan.
Katanya, syarat tersebut hanya boleh dikenakan selepas ROS mendaftarkan PSM.
Menurutnya lagi, tidak ada kuasa untuk dikenakan pra-syarat pendaftaran, yang pada hakikatnya adalah syarat dan peraturan untuk pendaftaran.
Apabila ditanya oleh Hakim Ghazali sama ada PSM ada meminta ROS supaya menarik balik dasar tersebut, Thomas berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana mereka mahu tahu apakah asas-asas peruntungan bagi keperluan tersebut.
Di peringkat ini, Gopal bertanya sam ada keperluan untuk sesebuah parti peringkat nasional mengemukakan bahawa ia mempunyai perwakilan di tujuh daripada 13 negeri itu, tidak munasabah.
Dalam jawapannya, Thomas berkata, ianya tidak munasabah kerana tidak terdapat dalam undang-undang untuk menjustifikasikan 'peraturan tujuh perwakilan' tersebut.
Penal hakim juga ingin tahu mengapa PSM tidak mahu mendaftar di peringkat negeri.
Gopal: "Mengapa tidak anda daftarkan sebagai parti peringkat negeri dan bertanding dalam pilihanraya peringkat nasional?"
Thomas: "Ia adalah perkara prinsip bagi pelanggan saya."
Gopal: "Ada banyak cara untuk melakukannya. Anda boleh mendaftar di peringkat negeri. Tidak ada apa-apa pada prinsipnya untuk menghalang Supp (dari Sarawak) bertanding di Malaysia Barat."
Perlukan masa
Menjawab hujah Thomas, Lim menegaskan sekali lagi kuasa ROS untuk mengenakan syarat pendaftaran, walaupun beliau bersetuju dengan Gopal bahawa pihak mahkamah boleh membatalkan mana-mana syarat yang tidak munasabah.
"Ya, jika ia tidak munasabah, kita boleh batalkannya. Kami sebulat suara berpendapat bahawa sebarang pelaksanaan kuasa eksekutif di mana-mana peringkat sekalipun boleh disemak semula jika ia boleh dibuktikan berlaku penyalahgunaan budibicara," kata Gopal.
Mahkamah kemudiannya berkata ia menangguhkan dahulu keputusannya kerana ia memerlukan masa untuk menimbang hujah kedua belah pihak.
Gopal berkata, mahkamah perlu menimbangkannya secara teliti, dengan hak-hak perlembagaan. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.