Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kongres Maruah Melayu: Zainal Kling dipanggil ke Bukit Aman Jumaat ini

Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Zainal Kling akan dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman Jumaat ini berhubung

Kenyataannya akan dirakamkan berikutan laporan polis yang dibuat oleh ahli Penang Society for Tamil Advancement, Yoganathan Loganathan pada awal bulan ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata Zainal akan hadir di Bukit Aman sekitar jam 10 pagi.

"Selepas polis merakamkan kenyataannya, kita akan melihat siapa pula yang akan dipanggil (ke Bukit Aman), katanya kepada Malaysiakini.

Zainal membuka tirai kongres yang berlangsung di Stadium Malawati pada 6 Oktober lalu dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan perlembagaan persekutuan, kedudukan raja-raja dan juga kedudukan istimewa orang Melayu.

Katanya, meskipun orang bukan Melayu telah diberi kerakyatan, namun mereka sering langgar budi baik dan anugerah orang Melayu, sambil mengingatkan bahawa Malaysia adalah milik orang Melayu.

Kongres itu dihadiri lebih 5,000 peserta termasuk oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin tertinggi Umno, PAS dan Pakatan Harapan.

Terdapat juga pengkritik yang menyifatkan perhimpunan itu sebagai campur tangan akademik memandangkan ia dianjurkan oleh empat institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Lihat Komen
ADS