Barisan calon PBB: Anak ganti ibu?
Terjemahan Kuah tumpah ke nasi mungkin itulah yang bakal berlaku sekiranya kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak menyetujui syor supaya seorang peguam wanita, Sharifah Hasida Wan Razali dinamakan sebagai calon PBB bagi kerusi negeri Samariang.
Terjemahan Kuah tumpah ke nasi mungkin itulah yang bakal berlaku sekiranya kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak menyetujui syor supaya seorang peguam wanita, Sharifah Hasida Wan Razali dinamakan sebagai calon PBB bagi kerusi negeri Samariang.
Jika dipersetujui, peguam dari Kuching yang berusia 39 tahun ini, akan mengambil alih kerusi berkenaan daripada ibunya, Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi, yang juga Ketua Wanita PBB.
Selama ini, calon PBB tidak pernah menghadapi masalah memenangi di kawasan majoriti Melayu/Melanau. Oleh itu, Hasida juga dijangka menang mudah dan dijangka dilantik sebagai menteri muda.
Ibunya, yang kini sudah berusia kira-kira 60 tahun, adalah Menteri Muda Kebajikan dan Halehwal Wanita dan mengetuai pergerakan Wanita PBB sejak 1987. Beliau dilihat rapat dengan Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg.
Mordiah (foto) pertamakali bertanding dan menang sebagai calon BN-PBB di Sebandi (kini Asajaya). Apabila Presiden PBB, Tan Sri Taib Mahmud kembali menerajui Sarawak, Mordiah menawarkan kerusinya untuk ditandingi Taib pada 1981 dan kemudiannya dilantik sebagai setiausaha politik.
Berikutan berlakunya krisis Ming Court pada 1987, Mordiah bertanding atas tiket BN-PBB di Samariang, dan menewaskan bekas ketua wanitanya dalam satu pilihanraya mengejut.
Kini timbul desas-desus yang mengatakan beliau mungkin melepaskan jawatannya atau diganti oleh muka baru yang lebih muda. Menurut spekulasi, beliau mungkin tidak disenaraikan dalam kabinet negeri sekiranya pemimpin lain mengambil alih dari Taib sebagai ketua menteri.
Lulusan universiti
Seorang ahli Majlis Tertinggi PBB berkata: "Taib telahpun menyatakan yang beliau mahu setiap wakil rakyat PBB mesti sekurang-kurangnya berlulusan universiti." Mordiah bukan lulusan universiti.
"Berikutan itu, anak perempuan Mordiah telah disyorkan supaya dicalonkan bertanding di Samariang yang merupakan kawasan majoriti Melayu di Kuching dan ia pada prinsipnya, telah dipersetuji presiden parti," katanya.
Dua lagi yang disebut-sebut akan turut dicalonkan ialah Profesor Dr Fatimah Bujang dari UiTM and seorang lagi peguam, Nancy Shukry.
PBB akan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 35 daripada 71 kerusi negeri. Calon-calon PBB akan bertanding di 17 kerusi majoriti Melayu, 10 (Melanau) dan lapan (Dayak).
Parti itu juga akan bertanding di lima daripada sembilan kerusi baru. Dua kerusi lagi akan ditandingi Supp dan masing-masing satu kerusi untuk PRS dan SPDP.
Terdapat desus-desas yang mengatakan seorang menteri muda Melayu/Melanau dari PBB akan digugurkan untuk memberi laluan kepada muka baru.
Dua nama yang sering disebut-sebut ialah Ahli Dewan Undangan (Adun) Simunjan, Noroden Majais yang juga penyokong kuat Datuk Adenan Satem, serta Hamden Ahmad yang dikatakan mengalami masalah kesihatan.
Senarai penuh calon PBB dijangka diumumkan sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, kemungkinan besar minggu depan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.