Setiausaha politik MB Perlis dilantik Exco ganti Datuk Zahidi
Setiausaha politik kepada Menteri Besar Perlis, Bakar Saad hari ini dilantik sebagai ahli Exco Negeri yang baru, menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Setiausaha politik kepada Menteri Besar Perlis, Bakar Saad hari ini dilantik sebagai ahli Exco Negeri yang baru, menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Bakar yang mengangkat sumpah di Istana Arau. Zahidi (Adun Beseri) sebelum ini memegang portfolio pelaburan dan perdagangan, sains, teknologi, inovasi, kepenggunaan dan industri asas tani.
Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditemui pemberita selepas majlis mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin, berkata perubahan dalam barisan exco dilakukan berdasarkan keadaan terkini.
"Datuk Zahidi tidak digugurkan, dia ingin berniaga jadi kita bagi ruang untuk beliau berbuat demikian," katanya.
Menurut laporan Bernama, Shahidan berkata, beliau akan mengumumkan rombakan portfolio bagi barisan exconya yang selain Bakar terdiri daripada Datuk Abu Bakar Ismail (Adun Pauh), Oui Ah Lan (Indera Kayangan), Azihani Datuk Ali (Sena), Azam Rashid (Kayang) dan Khairi Hasan (Mata Ayer).
Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa barisan exco negeri hendaklah melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab bagi mencapai hasrat kerajaan meningkatkan kemajuan dan pembangunan di negeri Perlis.
"Saya difahamkan negeri Perlis telah diluluskan sejumlah peruntukan yang besar untuk dilaksanakan projek di bawah rancangan pembangunan negeri. Tahun 2010 juga merupakan tempoh lima tahun sebelum sampai kepada sasaran untuk negeri Perlis menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2015," titah baginda.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.