Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
MP akui kontroversi komik cetuskan perbezaan pendapat dalam DAP

Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim hari ini mengakui komik oleh bekas aktivis parti itu Hew Kuan Yau - dikenali sebagai 'Superman' - telah membawa kepada pertikaian pendapat dalam DAP.

Sim enggan menjelaskan sama ada berlaku pergeseran dalam parti itu susulan kontroversi yang dicetuskan tetapi mengakui ada "perbezaan pandangan".

"Saya tak tahu apa maksud anda dengan pergeseran dalaman teapi saya rasa orang ada pandangan berbeza," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga timbalan menteri belia dan sukan menegaskan pendirian bahawa DAP tiada kaitan dengan komik itu.

"Faktanya jelas - komik itu dan juga Hew Kuan Yau tiada hubungan secara terus dengan DAP.

"Dia bukan anggota parti dan komik itu tiada kaitan dengan DAP. Itulah pendirian buat masa ini," katanya lagi.

Bagaimanapun Sim tidak mengulas berkenaan sebab Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menulis kata pengantar untuk komik itu, yang sebahagian besarnya ialah propaganda pro-China.

Komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI)' itu ditulis Hew dengan ilustrasi oleh Chong Poh Ling, dan diterbitkan Muzium Kebudayaan dan Komik Asia.

Hew yang merupakan kurator muzium itu dan juga ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Bersama China-Malaysia (JBC) telah menyerahkan komik itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk dihadiahkan kepada Presiden China Xi Jinping di Beijing pada April lalu.

Ia mula menjadi perhatian selepas penerbit menyedarkannya ke sekolah-sekolah.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah agar tidak menerima komik itu.

Bagaimanapun sekumpulan pemimpin akar umbi DAP, termasuk lima adun, membidas keputusan Maszlee dan malah mempersoal sama ada anggota Bersatu itu dilantik menjadi menteri oleh PH atau Umno.

Antara yang menandatangani kenyataan itu ialah Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh, Timbalan Ketua Pemuda DAP Selangor Koo Jeng Teng, dan Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe.

Empat adun DAP Pahang yang menandatanganinya ialah Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chow Yu Hui (Tras), Lee Chin Chen (Bilut) dan Leong Yu Man (Triang).

Bagaimanpaun Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, juga dari DAP, menyuarakan bantahan terhadap komik itu.

Hew keluar DAP pada Julai 2016 selepas komennya bahawa Laut China Selatan milik China mencetuskan kontroversi. Bagaimanapun beliau mengekalkan hubungan yang rapat dengan parti itu.

Beliau dilantik sebagai CEO JBC oleh pengerusi majlis itu iaitu Tan Kok Wai, yang juga pengerusi DAP.

Lihat Komen
ADS