Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang wanita maut dihempap pokok dekat UM
Diterbitkan:  Oct 23, 2019 10:00 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Seorang wanita maut selepas dihempap pokok yang tumbang di hadapan pintu utama Universiti Malaya (UM) lewat petang tadi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, pihaknya menghantar lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang tadi.

“Setibanya jentera dilokasi kejadian pada jam 5.44 petang, didapati seorang mangsa wanita dewasa telah dihempap oleh sebatang pokok di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaya.

"Mangsa tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran juga turut terjejas.

"Identiti mangsa yang meninggal dunia seorang wanita masih lagi belum dikenal pasti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kata JBPM lagi, kes tersebut kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Lihat Komen
ADS