Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Mahkamah diberitahu hari ini bahawa bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad dibayar berjumlah RM3.09 juta secara keseluruhan sebagai balasan hasil pembelian Hotel Merdeka Palace, Kuching oleh Felda pada tahun 2014.

Menurut Ikhwan Zaidel, 59, yang merupakan bekas ahli lembaga pengarah Gegasan Abadi Properties, sembilan bayaran (secara ansuran) dibuat melalui bekas pembantu khas Isa Samad, Muhammad Zahid Md Arip.

"Pada bulan Julai 2014, sebelah malam di Cigar Room, Hotel PJ Hilton, saya bertemu Zahid Md Arip menyerahkan wang RM100,000 dalam beg kertas."

"Saya maklum kepada Zahid yang datang seorang diri, bahawa wang RM100,000 akan ditolak dari baki RM3 juta yang dijanjikan sebelum ini.

“Pembayaran wang RM100,000 ini menggunakan wang saya sendiri," kata Ikhwan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ketika membawa pernyataan keterangan, pagi tadi.

Isa Samad

Ikhwan yang merupakan saksi ke-16 berkata dia juga membuat lapan pembayaran berasingan kepada Zahid antara Julai 2014 hingga Disember 2015.

Antara senarai bayaran adalah seperti berikut:

  • RM140,000 antara 21 Julai hingga 28 Julai 2014 kepada Zahid Md Arip di Cigar Room, Hotel PJ Hilton dalam beg kertas.

  • RM300,000 antara 17 Oktober hingga 24 Oktober 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Sunway Opal, Petaling Jaya dalam beg kertas.

  • RM250,000 antara 5 November hingga 10 November 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

  • RM500,000 pada 26 Mei 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

  • RM500,000 pada 9 Julai 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

  • RM300,000 pertengahan bulan Ogos 2015 kepada Zahid Md Arip di rumah Roney Zaidell, Kuching (abang Ikhwan) dalam beg galas.

  • RM500,000 12 September 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

  • RM500,000 antara 4 Disember hingga 7 Disember 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

"Semua penyerahan wang kepada Zahid Md Arip untuk Tan Sri Iasa telah dibuat oleh saya sendiri.

“Saya percaya kesemua wang yang saya berikan kepada Zahid Md Arip adalah untuk Tan Sri Isa," kata Ikhwan sambil menambahkan bahawa kesemua pembayaran diterima, Zahid datang seorang diri sahaja.

Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan kini menghadapi perbicaraan atas pertuduhan salah guna kuasa dan menerima rasuah dalam urusan pembelian Hotel Merdeka yang berharga RM160 juta.

Isa dituduh salah guna kuasa dalam urusan pembelian hotel itu oleh Felda di mana membeli melebihi harga nilai pasaran iaitu RM153 juta. Beliau turut didakwa menerima rasuah RM3 juta daripada pemilik hotel tersebut Gegasan Abadi.

Zahid Md Arip

Sementara itu, Ikhwan memberitahu mahkamah bahawa setiap kali Zahid menghubungi beliau, dia akan diberitahu bahawa Isa minta kirim 'salam'.

"Saya memahami apa makna 'salam' tersebut dan akur atas permintaan."

Katanya selepas 'salam' terakhir pada bulan Disember 2015 , beliau tidak lagi terima permintaan daripada Zahid untuk mendapatkan wang bagi pihak Isa.

Perbicaraan diadakan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Lihat Komen
ADS