Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir Johor turun 214 mangsa
Diterbitkan:  Oct 25, 2019 10:31 AM
Dikemaskini: 2:31 AM

Seramai 214 mangsa daripada 49 keluarga di dua daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir, setakat pagi ini.

Jumlah itu mengalami penurunan berbanding 229 mangsa daripada 51 keluarga yang dicatatkan pada 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata setakat 8 pagi ini kesemua mangsa dari daerah Pontian dan Batu Pahat itu ditempatkan di empat PPS.

Katanya, di Pontian, dua PPS yang masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Hj Adnan masing-masing menempatkan 64 mangsa daripada 15 keluarga serta 95 mangsa daripada 21 keluarga.

“Di Batu Pahat pula terdapat 16 mangsa daripada tiga keluarga mendapat perlindungan di SK Sungai Kajang dan 39 mangsa daripada 10 keluarga di Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah,” katanya dalam kenyataan, di Johor Bahru hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS