Samy: AG kaji jumlah pampasan
Terjemahan Pejabat Peguam Negara telah diarahkan supaya mengkaji dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kontraktor projek 'jambatan indah' yang telah dibatalkan pembinaannya, kata Menteri Kerjaraya Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.
Terjemahan Pejabat Peguam Negara telah diarahkan supaya mengkaji dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kontraktor projek 'jambatan indah' yang telah dibatalkan pembinaannya, kata Menteri Kerjaraya Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.
"Ada peruntukan untuk bayaran pampasan dalam kontrak tersebut. Klaus 14 (dalam kontrak) berkata jika kita lewatkan(projek tersebut), kita mungkin perlu membayar RM1 juta sebulan," katanya dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen.
Samy Vellu berkata, perkara tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan mengenainya akan dibuat lewat hari ini. Ekoran itu, katanya, pihak kementerian akan menghantar surat kepada kontraktor mengenai perkara tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata: "Kita telah memberhentikan kerja-kerja asalnya untuk beberapa ketika dan kontraktor (hanya) menjalankan kerja-kerja awalan di sana, sehinggalah tiga minggu lalu apabila kita mengarahkan mereka meneruskan kontrak tersebut.
"Jadi kontraktor berkenaan membawa semua kelangkapannya, semuanya berada di sana. Semua (aspek) ini perlu diberi pertimbangan dengan teliti serta aspek perundangan mengenai apa yang kontraktor patut dapat dan apa yang kerajaan patut bayar jika ada pampasan yang perlu dibayar," tambahnya.
Samy Vellu berkata, beliau dan pegawai Jabatan Kerjaraya akan mengadakan pertemuan dengan kontraktor terbabit minggu depan.
Akhbar the New Straits Times hari ini memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata pampasan sebanyak RM100 juta akan dibayar kepada kontraktor Gerbang Perdana.
Lebuhraya baru bertingkat
Sementara itu, Samy Vellu berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya dibina jejambat enam lorong bagi menggantikan jalan sambungan sekarang yang bernilai RM30 juta yang sedang dalam pembinaan bagi menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kurantin (KIK) dengan Tambak Johor.
Ini bagi memastikan kompleks yang hampir siap dengan harga RM1.2 bilion itu tidak menjadi projek gajah putih.
Samy Vellu menjelaskan, jejambat itu akan dibina dari KIK yang terletak 12-14 kaki di atas paras Tambak Johor bagi memastikan laluan lalulintas di kawasan sesak dan banyak jalan, tidak terjejas.
Katanya, beliau tidak melihat sebarang masalah berhubung cadangan pembinaan lebuhraya bertingkat itu.
Ditanya sama ada projek jejampat itu akan ditangguhkan sementara menunggu perkembangan selanjutnya mengenai isu jambatan berkenaan, beliau menjawab: "Tidak, saya rasa tidak. Menurut keputusan kabinet, tiada apa yang hendak dibincangkan lagi."
Mengenai jejambat tersebut, beliau berkata: "Kos asal bagi membina jalan sementara itu ialah RM30 juta. Kos jejambat tersebut mungkin tinggi sedikit, tetapi ia tidak apa kerana daripada membelanjakan RM2 bilion (untuk membina jambatan dan KIK), kita belanja lebih sikit untuk jalan sambungan itu dan tidak pening kepala lagi." Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.