Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan Penang Forum tak berasas, kata KM Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan NGO Penang Forum bahawa Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi sistem transit aliran ringat (LRT) Bayan Lepas tidak dipapar kepada umum.

Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Chow berkata paparan EIA bagi projek  itu telah dijalankan di 10 lokasi dari 19 Julai hingga 19 Ogos 2017.

Antara lokasi itu ialah Komtar, Pejabat Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya dan Pulau Pinang, majlis tempatan, Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan di Permatang Damar Laut, perpustakaan negara dan negeri.

"Orang ramai telah diberikan sehingga 2 Sept 2017 untuk memberikan maklum balas mereka.

"Notis paparan awam juga telah diberi liputan oleh akhbar bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, akhbar-akhbar utama Cina dan Tamil," kata Chow di Komtar hari ini.

Chow merujuk kepada wakil Penang Forum, Khoo Salma Nasution yang mempersoalkan mengapa laporan EIA bagi projek LRT berkenaan tidak dipamerkan di beberapa lokasi di Pulau Pinang.

Dakwaan itu dibuat Salma dalam satu artikel bertajuk “Penang’s Bayan Lepas LRT: Glorious legacy or white elephant project” dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Okt lepas.

Chow berkata pada masa ini, pemeriksaan awam bagi projek LRT itu sedang dijalankan sebagaimana dikehendaki oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS