Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tebalnya asabiyah Hadi, kata Hanipa
Diterbitkan:  Oct 27, 2019 12:11 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin meminta Abdul Hadi Awang agar bersara daripada politik kerana presiden PAS itu kini dilihat semakin tidak ketahuan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Hanipa berkongsi berita daripada sebuah portal mengenai tulisan Abdul Hadi baru-baru ini.

Berita berkenaan bertajuk 'Kesabaran kami ada had, henti tuduh orang Melayu rasis, kata Hadi'.

"Maaflah jika saya kata. Pleaselah bersara. Dah makin tak ketahuan YB. Resign so long your sanity is still ok," kata Hanipa dalam hantarannya.

Hanipa yang juga anggota parlimen Sepang berkata, Abdul Hadi sendiri suatu ketika dahulu mengajar ahli-ahli PAS supaya tidak bersikap asabiyah atau perkauman.

"Dulu YB yang ajar kami semua tak boleh asabiyah. Kok sekarang tebalnya asabiyah YB!" tulis bekas peguam PAS itu yang kini bersama Amanah.

 

Abdul Hadi dalam tulisannya baru-baru ini memberi amaran kepada kaum lain supaya tidak melabelkan orang Melayu sebagai “rasis” kerana kesabaran mereka ada batasnya.

Anggota Parlimen marang itu berkata, terdapat dwistandard untuk label “rasis” dan orang Melayu sering diberikan label itu walaupun hanya menuntut hak sendiri.

“Melayu menerima nasib ini kerana ke-Islamannya. Kalau Melayu tidak menganut Islam seperti kaum lain, maka tidak dilabel rasis.

“Adakah keadaan ini disebabkan oleh penyakit Islamofobia yang sedang merebak sekarang?” soalnya.

Hantaran ditulis Hanipa itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk daripada kalangan penyokong PAS.

"YB Sepang nak jadi gila dah. Tolong baca talkin dekat telinga YB Sepang," kata seorang pengguna Facebook.

"Dia (Abdul Hadi) dah tumbang dua kali. Tapi terasa muda lagi. Kali ke-3 nanti bersara teruslah dia. Nak tunggu final call juga," komen seorang lagi.

"Apa yang salahnya TGHH (Tuan Guru Hadi Awang) cakap macam tu? Bila orang Melayu nak cerita pasal Melayu dikata rasis, bila Cina atau India cerita pasal bangsanya dikatakan menuntut hak mereka. Kepala bangsat punya menterilah. Dasar khadam DAP, demi jawatan sanggup khianat Melayu," kata seorang lagi pengguna Facebook.

Lihat Komen
ADS